Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SUBANG, 8 Mac 2022 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hadir ke Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Operasi Udara di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).

Perbarisan yang terdiri daripada empat (4) pegawai dan enam puluh (60) anggota LLP ini diketuai oleh Mej Muhammad Mustafa bin Omar TUDM manakala ajutan perbarisan ialah Kapt Muhammad Zuhairi Izzat bin Zolkeple TUDM.

Dalam upacara serah terima tugas ini, Lt Jen Dato' Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM menyerahkan tugas Panglima Operasi Udara kepada Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dengan disaksikan oleh Panglima Tentera Udara.

Selesai upacara serah terima tugas Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima tabik hormat dari anggota perbarisan sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu.

Seterusnya, Panglima Tentera Udara turut hadir ke Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Bantuan Udara yang diadakan di Padang Kawad Pangkalan Udara Subang. Beliau menyaksikan Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM menyerahkan tugas dan jawatan serta penyerahan tongkat kuasa pemerintahan sebagai Panglima Bantuan Udara kepada Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM.

Seluruh warga TUDM menzahirkan ucapan tahniah kepada Lt Jen Dato' Indera Muhamad Norazlan bin Aris TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Operasi Udara yang baharu dan kepada Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM di atas pelantikan sebagai Panglima Bantuan Udara yang baharu. Semoga Tentera Udara Diraja Malaysia terus cemerlang di bawah tampuk panglima pemerintahan yang baharu.

Kredit : Tentera Udara Diraja Malaysia