Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

BANGKOK, 8 Mac 2022 - Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah melaksanakan kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau iaitu General Chalermpol Srisawasdi, Chief of Defense Forces, Royal Thai Armed Forces bertempat di Royal Thai Armed Forces Headquarters, Bangkok.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membolehkan interaksi mengenai hal ehwal ketenteraan diperbincangkan khususnya dalam aspek hubungan pertahanan dalam menjaga keamanan dan kestabilan yang melibatkan kedua negara ini disamping mengeratkan lagi hubungan dua hala yang telah terjalin sejak sekian lama.

Terdahulu, ketibaan Panglima Angkatan Tentera telah disambut dengan penuh istiadat ketenteraan dan mengambil tabik hormat yang didirikan oleh pasukan Royal Thai Armed Forces sebelum meneruskan agenda lawatan kerja beliau di Bangkok, Thailand.

Kredit : Angkatan Tentera Malaysia