Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 7 Mac 2022 - Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menerima beberapa perolehan baharu bagi Kenderaan Jenis B (KJB) dan persenjataan menerusi Majlis Penyerahan Aset Tentera Darat di Perkarangan Garaj A 92 Depot Kenderaan Pusat (DKP).

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain.

Perolehan aset baharu bagi Kenderaan Jenis B (KJB) melibatkan Trak 1 Tan GS Cargo, Trak 1 Tan Fitted For Radio (FFR), Trak 3 Tan dan 1 Tan FFR untuk MALBATT 850 serta bas 44 penumpang. Manakala 280 laras senjata telah berjaya diterima pada penghujung Februari melibatkan 40 unit Sniper Rifle 12.7 mm dan 240 unit Light Machine Gun (LMG) 5.56 mm.
 
Untuk rekod, kesemua kenderaan dan persenjataan ini telah menjalani Final Acceptance Test (FAT) yang telah dilaksanakan oleh TD pada hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022. Perolehan aset sebegini juga sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu; “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan” dengan memberi penumpuan kepada peningkatan tahap kesiagaan, kompentensi dan aset TDM.
 
Kredit : Tentera Darat Malaysia