Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KELANTAN, 5 Mac 2022 : Panglima 8 Briged, Brig Jen Abu Hasan Assha'ari bin Kamis @ Shaffiee telah mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz dalam menyempurnakan Program Jiwa Murni Pemimpin dan Tentera Bersama Rakyat di Felda Kemahang 1, Felda Kemahang 2 dan Felda Kemahang. 

Penglibatan pihak tentera dalam program ini adalah tertumpu kepada aktiviti gotong-royong membersihkan beberapa tempat di sekitar Felda Kemahang 1, Felda Kemahang 2 dan Felda Kemahang 3.

Antara pasukan di bawah naungan 8 Bgd yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini adalah 16 RAMD, 1 RS dan 5 RAD.

Selain itu, 8 Bgd juga berpeluang mengadakan Program Promosi Kerjaya Askar Wataniah yang dianjurkan oleh Rej 506 (AW).

Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada generasi baharu kini khasnya belia dan beliawanis tentang fungsi, tugas dan tanggungjawab sebenar Tentera Darat serta untuk menarik minat mereka untuk berkhidmat kepada negara melalui penyertaan Askar Wataniah.

Program ini sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera dan Awam serta selaras dengan Kata Kunci Perintah Ulung Panglima 8 Bgd iaitu Gabungan dimana dengan terlaksananya PJM secara tidak langsung dapat membentuk hubungan kerjasama di antara anggota tentera dengan awam sekaligus memberi peluang kepada pihak tentera untuk menyumbang bakti terhadap masyarakat.