Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 3 Mac 2022- Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob di pejabat Perdana Menteri, Parlimen Malaysia.

Terdahulu, Jen Tan Sri Ackbal TUDM telah membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein di bilik kunjungan hormat, Parlimen Malaysia. Kunjungan hormat ini adalah bersempena persaraan beliau tidak lama lagi.

Jen Tan Sri Ackbal TUDM turut menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas segala sokongan padu yang diberikan selama beliau bertugas termasuk ketika YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Kanan Pertahanan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada YB Menteri Kanan Pertahanan yang memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau dan TUDM.