Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PHNOM PENH, 3 Mac 2022 – Hubungan dua hala antara Malaysia dan Kingdom of Cambodia terus diperkukuhkan dengan pelaksanaan Lawatan Rasmi Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain kepada Commander of Royal Cambodian Army, Lieutenant General Hun Manet hari ini.

Tujuan pelaksanaan program ini bagi membolehkan Tan Sri PTD berinteraksi bersama rakan sejawat sebagai sesi pertemuan yang terbaik ke arah merapatkan lagi hubungan dua hala antara dua negara.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk membincangkan kerjasama yang boleh diteruskan dan ditambah baik di masa hadapan bagi menghadapi ancaman semasa.

Lawatan sebegini sejajar dengan Tonggak Keempat dalam Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28, iaitu memfokuskan Pengukuhan Hubungan Pertahanan dalam memperkasakan komitmen melindungi kepentingan negara.