Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KLUANG, 23 Februari 2022 – Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz telah menyempurnakan Program Cakna Veteran ATM Peringkat Negeri Johor di Kluang, Johor.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM yang tergolong dalam kelompok B40 kesinambungan daripada Kempen Tabung Pahlawan 2020. Selain lawatan kebajikan, program ini turut diisi dengan penyampaian peralatan elektrik, kotak makanan dan juga sumbangan wang tunai.

Seramai 5 orang Veteran ATM telah berjaya disantuni dan maklumat ringkas Veteran-Veteran ATM yang dilawati adalah seperti berikut :

a. Pegawai Waren II Permalusamy a/l Thirupathy Kowandan (Bersara) beralamat di No 8, Jalan Selar 1, Taman Sri Paya, 86000 Kluang, Johor. Berusia 77 tahun dan merupakan veteran yang terlantar akinat sakit buah pinggang.

b. Sarjan Sahak bin Sajiran (Bersara) beralamat di No 8, Jalan Sri Jaya 10, Taman Sri Jaya 86000 Kluang, Johor. Berusia 72 tahun dan merupakan veteran terlantar akibat lumpuh.

c. Koperal Abdul Halim bin Hussain (Bersara) beralamat di No 24, Jalan Delima 14/1, Taman Delima, 86000 Kluang, Johor. Berusia 54 tahun dan merupakan veteran yang mempunyai masalah mata dan sakit kaki akibat kemalangan semasa dalam perkhidmatan (kaki kanan masuk besi).

d. Koperal Abd Majid bin Lohang (Bersara) beralamat di No 12, Jalan Delima 4, Taman Delima, 86000 Kluang. Berusia 56 tahun dan merupakan veteran OKU.

e. Lans Koperal Mohd Johari bin Rajikin (Bersara) beralamat No 76, Jalan Yakin 16, Taman Sri Lambak, 86000 Kluang, Johor. Berusia 61 tahun dan merupakan veteran yang mengalami sakit urat saraf dan sakit buah pinggang (dialisis). Pernah terkena tembakan komunis di bahagian kaki ketika bertempur di Sarawak.

Manakala 3 orang Veteran ATM yang telah disantuni pada 22 Februari 2022 pula adalah seperti berikut :

a. Koperal Md Nonasi bin Selamat (Bersara) yang beralamat di No 9, Jalan Pelaga, Taman Indah Jaya, 86000 Kluang, Johor. Berusia 61 tahun dan merupakan veteran yang mengalami kecederaan pada kaki akibat terpijak jerangkap samar semasa operasi menentang komunis.

b. Koperal Othman bin Hussin (Bersara) yang beralamat di No 30, Lorong Setia, Kampung Tengah, 86000 Kluang, Johor. Berusia 92 tahun dan merupakan veteran yang terlantar kesan penyakit saraf yang dialami.

c. Koperal Hasrin bin Toredin (Bersara) yang beralamat di No 7, Jalan Tengah 1, Taman Kg Tengah, 86000 Kluang, Johor. Berusia 54 tahun dan merupakan veteran lumpuh separuh badan ekoran kemalangan jalanraya.

Impak positif yang berjaya direalisasikan daripada program yang amat bermakna ini adalah seperti berikut :

a. Lebih ramai Veteran ATM yang terkesan berjaya disantuni bagi mendengar keluh kesah mereka secara bersemuka.

b. Jasa bakti dan pengorbanan yang Veteran ATM curahkan selama ini dalam menentukan keamanan dan keselamatan negara sentiada terpelihara dan mampu meningkatkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat.

Justeru, Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam mempertingkatkan lagi Program Cakna Veteran ATM melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM