Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz telah menyampaikan Amanat Ketua Setiausaha Tahun 2022 di Wisma Perwira pagi ini.

Majlis ini telah dihadiri warga awam pertahanan yang terdiri daripada kakitangan dan pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

Dalam ucapannya, Ketua Setiausaha telah menyatakan seperti mana tagline yang pernah beliau perkenalkan iaitu "together we do better", beliau berharap kesepaduan ini dapat diteruskan dalam tahun 2022 dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan Negara sentiasa terpelihara.

Selain itu, Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz turut menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga MINDEF dan ATM atas kerja keras sepanjang Tahun 2021.

Dengan harapan banyak perkara yang boleh dipelajari dari tahun lalu dan dijadikan sebagai panduan untuk sebarang penambahbaikan sepanjang Tahun 2022 ini demi kepentingan organisasi.

Di akhiri ucapannya, selaku sebuah Kementerian yang cakna terhadap kebajikan warga kerja yang ditimpa musibah, pihak Kementerian akan terus menyalurkan bantuan dalam meringankan beban yang ditanggung oleh warga pertahanan dalam apa jua situasi yang berlaku. Beliau turut berharap, semua kakitangan Kementerian Pertahanan dapat meningkatkan kesefahaman, kesepakatan dan jati diri sebagai warga kerja pertahanan dalam merealisasikan setiap perancangan yang telah disusun rapi agar Kementerian Pertahanan kekal relevan serta effektif dalam memikul tanggungjawab menjaga Kedaulatan Negara.

Dalam majlis tersebut juga, Ketua Setiausaha turut menyampaikan Sijil Pencapaian 100% AIMS Tahun 2021 kepada 34 PTJ. Beliau juga turut melancarkan Sistem AIMS 3.0. Sebanyak 15 PTJ telah menerima Anugerah PTJ Terbaik Tahun 2022 daripada Ketua Setiausaha.

Hadir sama, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan.