Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah merasmikan Acara Penyerahan Motosikal Penguatkuasa Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) bertempat di Foyer Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Untuk rekod, 10 buah motosikal Honda ST 1300 cc ini merupakan perolehan Rolling Plan 4 Tentera Darat dalam RMK ke-11. Perolehan ini akan meningkatkan mobiliti Tentera Darat amnya dan Kor Polis Tentera Diraja khasnya.

Tan Sri PTD telah menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi Motosikal Penguatkuasa KPTD kepada Brig Jen Dato’ Hj Mislan bin Anuar, Pengerusi KPTD. Perolehan ini seiring dengan Tonggak Pertama PTD ke-28 iaitu kelangsungan misi dan kesiagaan dengan memberi penekanan meningkatkan keupayaan mobiliti.

Sesungguhnya, usaha sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Pertama Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Kelangsungan Misi dan Kesiagaan”, yang menitikberatkan tahap kesiagaan penugasan warga TDM di tahap tertinggi sebilang masa.

Sumber: Kor Polis Tentera Diraja