Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 21 Febuari 2022 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz telah menghadiri Majlis Penghargaan Kepada Petugas Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) dan Sukarelawan Pasca Banjir Mindef bertempat di Dewan Seroja Kementerian Pertahanan.

Majlis ringkas ini dibuat bagi menghargai petugas-petugas warga Kementerian Pertahanan dalam menjalankan tugas yang diberi kepada mereka.

Syabas diucapkan di atas komitmen yang tinggi tanpa mengira penat lelah melaksanakan tugas.