Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KLUANG, 20 Februari 2022 - YB Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Veteran ATM sempena program Cakna Veteran ATM yang merupakan salah satu program yang dirancangkan dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan.

Antara veteran yang telah dilawati adalah seperti berikut;

1. Encik Rusli bin Mohd yusoff yang berusia 74 tahun
- Beliau merupakan OKU fizikal di mana kaki kanan beliau dimasukkan besi akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan kaki kanan patah daripada tulang betis, tempurung lutut hingga ke tulang paha.
Veteran tinggal bersama isteri (Siti Aishah bt Mohd Zainal yang berusia 68 tahun dan seorang anak lelaki bujang (Mohd Sufian-29 tahun)
Mempunyai 4 orang anak:1- Lelaki (KL, pejabat MARA). Berkahwin.
2- Perempuan (KL, surirumah). Berkahwin.
3- Perempuan (KL, pejabat peguam). Bujang.
4- Lelaki (tinggal bersama, Mohd Sufian). Bujang.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM