Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KLUANG, 19 Februari 2022 - YB Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Veteran ATM sempena program Cakna Veteran ATM yang merupakan salah satu program yang dirancangkan dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan.

Antara veteran yang telah dilawati adalah seperti berikut;

1. Encik Sandran A/L Sinnasamy yang berumur 63 Tahun dan tinggal di No 37, Jalan Pelangi 16, Taman Pelangi, 86000, Kluang, Johor.
Beliau mengalami masalah penglihatan dan dan kaki sakit akibat kemalangan jalan raya.

2. Encik Ab Razak bin Atan yang berumur 56 Tahun dan tinggal di
No 19, Jalan Pelangi 23, Taman Pelangi, 86000 Kluang,
Johor.

Veteran yang mengalami lumpuh dan hanya terlantar.

3. Encik Yusof bin Md Noor yang berumur 67 Tahun dan tinggal di No 38, Jalan Kundang 7, Taman Murni,
86000, Kluang.
Kedua kaki beliau kudung dan isterinya juga uzur serta jari kaki kanan dipotong akibat diabetis.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM