Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2022 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W.P Kuala Lumpur, Kdr Azman bin Yusoff TLDM dan staf telah bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan telah melaksanakan program gotong-royong bagi membersihkan rumah veteran Ahmad bin Abdul Rahman di alamat No 57, Jalan Mewah 3, Bandar Tun Razak, Cheras, 56100 Kuala Lumpur.

Agensi yang terlibat bagi melaksanakan program ini adalah daripada JKM, JHEV ATM, Wakil Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak, DBKL, PAWE Bandar Tun Razak dan Pejabat Persatuan Veteran ATM Cawangan Kuala Lumpur. Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang.

Veteran terlantar menghidap penyakit kencing manis yang serius (potong kaki sebelah kiri) dan darah tinggi. Manakala, isteri veteran mempunyai masalah penglihatan (mata tidak nampak).

Veteran dan isteri tinggal di sebuah milik sendiri bersama seorang anak lelaki(duda). Veteran mempunyai 3 orang anak, namun 2 orang anak yang lain telah 5 tahun tidak menziarahinya. Kehidupan seharian veteran sekeluarga banyak dibantu oleh jiran tetangga terutamanya apabila anak lelaki veteran keluar bekerja termasuk pada hujung minggu.

Pihak JHEV ATM telah menyampaikan sumbangan katil dan tilam spesifikasi hospital dan kerusi roda kepada veteran manakala Persatuan veteran ATM Cawangan Kuala Lumpur telah menyumbangkan tilam bagi kegunaan isteri veteran.

Sumber : Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM