Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

CHERAS, 16 Februari 2022- Seorang pegawai Kanan TUDM telah berjaya merangkul tempat ketiga sebagai graduan terbaik daripada 172 graduan yang berjaya menamatkan pengajian program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Diploma Siswazah Sains Kepolisan (DSSK) dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS).

Lt Kol Ahmad Sanusi bin Ali TUDM telah menerima Anugerah Dekan pada setiap semester secara berturut-turut selama tiga semester melalui kecemerlangan keputusan PNGK 3.98 diperolehinya bagi program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) bagi sesi pengajian 2019-2021.

Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.

Beliau telah terpilih sebagai graduan ketiga terbaik diatas kesungguhan, kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam pengajian dan aktiviti-aktiviti sepanjang tempoh pembelajaran yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.

Kesemua 172 graduan program kerjasama Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 2018/2020 serta 2019/2021 telah diraikan dalam majlis penutupan yang berlangsung di Dewan Sultan Hj. Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik) UM, Profesor Dr. Yatimah Alias; wakil Naib Canselor UKM, Profesor Madya Dr. Novel Lyndon serta Ketua Cawangan Latihan Pertahanan, Markas ATM, Bahagian Operasi dan Latihan Pertahanan, Brigedier Jeneral Hjh. Fadzilah binti Hj. Abdullah TUDM.

Sekalung tahniah dan syabas kepada Lt Kol Ahmad Sanusi bin Ali TUDM serta graduan-graduan ATM dan PDRM yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang bagi sesi 2018/2020 dan 2019/2021. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pembakar semangat kepada pegawai yang lain untuk mencipta kejayaan demi kecemerlangan organisasi dan diri sendiri.

Beliau menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Staf 1 Perundangan di Markas TUDM-Bahagian Operasi & Strategi, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Pada ketika ini, beliau juga sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Undang-undang Kemanusian Antarabangsa (IHL) di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia dan di jangka akan menamatkan pengajian beliau pada tahun 2024.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia