Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

BAYAN LEPAS, 17 Februari 2022 - Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato' Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Majlis Perasmian Eagle Eye 25 Meter Shooting Range Kem Tun Razak berlangsung di Bangunan Eagle Eye 25 Meter Shooting Range Kem Tun Razak pada hari ini.

Eagle Eye 25 Meter Shooting Range adalah satu kemudahan indoor yang digunakan untuk melatih dan memahirkan individu dalam penggunaan pistol khasnya bagi formasi/pasukan di bawah naungan Divisyen Kedua Infantri (2 Divisyen).

Pembinaan lapang sasar tertutup ini direka untuk berupaya menahan projektil senjata pistol jenis 9mm Glock, 9mm P9S dan mana-mana pistol perkhidmatan yang diluluskan sahaja.

Acara diteruskan lagi dengan Acara Menembak Pegawai-Pegawai Kanan bersama Tan Sri PTD. Acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menembak pistol di samping memupuk semangat berpasukan dalam kalangan para penembak serta peluang berinteraksi bersama Tan Sri PTD.

Sesungguhnya usaha sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Keutuhan Organisasi” yang menekankan kompetensi warga dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam bidang ketenteraan dan bidang professional.

Sumber : Tentera Darat Malaysia