Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUANTAN, 16 Februari 2022- Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menyempurnakan pemakaian Majlis Pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) di Markas Angkatan Bersama, Kuantan.

Pemakaian pingat PNBB ini dianugerahkan kepada Pegawai Pemerhati Tentera (PPT) dan Pegawai Staf Tentera (PST) yang berjaya melaksanakan dan menamatkan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun di negara-negara di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Seramai sembilan (9) orang pegawai dan dua (2) anggota lain-lain pangkat (LLP) dari Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada lima (5) dari Tentera Darat, dua (2) dari Tentera Laut Diraja Malaysia dan empat (4) dari Tentera Udara Diraja Malaysia telah menerima pingat PNBB.