Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 11 Februari 2022 - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany telah menyempurnakan pemakaian pangkat pegawai TLDM dan PSSTLDM di Markas Tentera Laut hari ini.

Leftenan Komander Cheng Liang Tsai TLDM telah dinaikkan pangkat ke Komander TLDM manakala Leftenan Madya Nurhidayah binti Mazlan PSSTLDM telah dinaikkan pangkat ke Leftenan PSSTLDM.

Komander Cheng bertugas di Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Tentera Laut manakala Lt Nurhidayah adalah pegawai di Jabatan Sejarah Maritim, Pusat Strategi Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM.

Turut hadir Inspektor Jeneral TLDM, Laksamana Muda Chan Peng Cheong dan Ketua Pengarah PUSMAS TLDM, Kepten Ivan Mario Andrew TLDM.

Dalam majlis yang sama, Tan Sri Mohd Reza turut menyempurnakan pemakaian lencana Teknologi Profesional (Professional Technologists - Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Certified Technicians - Tc.) kepada tiga pegawai kanan dan seorang anggota.