Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 3 Februari 2022 – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus mengeratkan hubungan bilateral pertahanan menerusi Sidang Video bersama Commanding General U.S. Army Pacific (USARPAC), General Charles A. Flynn pada hari ini.

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain beserta pegawai-pegawai kanan TDM telah menghadiri perbincangan secara sidang video bertempat di Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), Markas Tentera Darat.

Pertemuan bilateral secara sidang video ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara serta membincangkan rancangan pelaksanaan aktiviti bilateral pertahanan dan kerjasama ketenteraan bagi tahun 2022 di antara Tentera Darat Malaysia dan U.S. Army Pacific.

Pelaksanaan aktiviti pengukuhan pertahanan sebegini adalah sejajar dengan Tonggak Keempat Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu “Pengukuhan Hubungan Pertahanan” di mana ia menumpukan kepada aspek pengukuhan kerjasama pertahanan di peringkat serantau dan antarabangsa.