Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 28 JANUARI 2022 - Perasmian Kedai PUSPANITA MinDef telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Muez bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bersama YBhg. Datin Sri Rafidah binti Latif, Pengerusi PUSPANITA MinDef.

Kedai Puspanita telah lama beroperasi di Kementerian Pertahanan dan kini telah di tambah baik dengan wajah yang baharu sesuai dengan keadaan semasa dan trend terkini.

Kedai Puspanita lengkap menyediakan pelbagai barangan keperluan harian, barangan runcit serta terdapat ruangan Coffee corner bagi warga Mindef.

Dengan terlaksananya penambahbaikan terhadap Kedai Puspanita ini, diharapkan ianya dapat memudahkan warga MinDef mendapatkan keperluan harian dan barangan runcit tanpa perlu mendapatkan dari kedai jualan luar.

Program ini turut disertai oleh YBrs. Dr. Zalini binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah STRIDE merangkap Setiausaha PUSPANITA MinDef, Encik Shahrizal bin Mohd Nor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Biro Usahawan dan kedai PUSPANITA MinDef.