Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2022 - Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz telah menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan bantuan banjir untuk disalurkan kepada warga Kementerian Pertahanan yang terjejas.

Sejumlah 214 kakitangan Kementerian Pertahanan telah didapati terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Turut disalurkan bantuan “Back to School” kepada kakitangan awam yang terpilih dan diharapkan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban mereka.

Turut hadir di majlis ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Dr. Anis Bin Mahmud @ Abdul Samad.