Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 26 Januari 2022 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez Bin Abdul Aziz telah menghadiri Majlis Pentarama Zikir Dan Fikir ATM yang bertemakan "IBRAH DI SEBALIK MUSIBAH”.

Majlis ini dianjurkan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) disampaikan dalam bentuk Kapsul Tausiah iaitu persembahan nasyid dari Kumpulan Nasyid Fursan dan De'Potera serta penyampaian tausiah oleh tetamu jemputan, Ustaz Ilyas Ismail.

Program yang bertemakan “Ibrah di Sebalik Musibah” ini merupakan program pengisian rohani bagi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sempena melangkah tahun baharu 2022 dengan bermatlamatkan kepada konsep muhasabah diri dan mengambil iktibar atas peristiwa besar yang melanda negara bermula dengan penularan pandemik COVID-19 serta musibah banjir baru-baru ini serta pengharapan kepada Allah S.W.T.

Sempena majlis ini juga Panglima Tentera Darat yang mewakili Panglima Angkatan Tentera turut melancarkan laman web rasmi KAGAT sebagai medium siber untuk masyarakat memahami peranan dan hala tuju KAGAT kepada proses dan gerak kerja pembentukan kerohanian warga ATM serta sebagai medium penyampaian wadah ilmu dan dakwah yang bukan sahaja kepada warga ATM sendiri malah untuk seluruh umat Islam di Malaysia.

Program yang bertemakan “Ibrah di Sebalik Musibah” ini telah dihadiri oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain mewakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM, dan Ketua Pegawai Perniagaan BIMB, En. Mizan bin Masram.