Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SARAWAK, 22 Januari 2022 - Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS) melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) bagi membersihkan kawasan Masjid Al-Fattah serta Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Asap pada 22 Januari 2022.

Pegawai Memerintah 7 RS merakamkan ucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan pasukan melaksanakan program tersebut dan berharap hubungan baik antara tentera dan awam berterusan sebagai Keluarga Malaysia.

Program ini turut dijayakan dengan penyertaan pihak pengurusan Masjid Al-Fattah dan masyarakat muslim setempat sekaligus bertepatan dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam.

 

Sumber : Markas Briged Ke-31 Infantri Malaysia