Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

BERA, 23 Januari 2022 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad, bersama Pengerusi BHPetrol, Lt Jen Datuk Pahlawan Khairuddin bin Mat Yusof (Bersara) serta Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Mej Khairul Ashinar bin Azid @ Aziz TUDM telah menghadiri Program Di Celah-Celah Kehidupan oleh Syarikat BHPetrol Bersama YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia bagi menyampaikan sumbangan kepada Veteran ATM serta tanggungan yang memerlukan untuk meringankan beban dan kesulitan hidup yang mereka hadapi di Mengkarak, Bera.

Antara Veteran ATM dan balu yang terlibat adalah seperti berikut:

1. (28468) Veteran Ramli bin Saleh di alamat No 4A, Kampung Mengkarak, 28200 Mengkarak, Bera, Pahang.
Beliau mula berkhidmat pada tahun 1971 dan telah menamatkan perkhidmatan 21 tahun pada 25 November 1992 dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan berpencen. Veteran berumur 70 tahun dan bekerja sebagai penoreh getah. Veteran seorang OKU yang kehilangan kaki kanan akibat jerangkap samar semasa Operasi Cahaya Bena di sempadan Thailand - Kelantan pada tahun 1977. Ketika itu baharu berusia 25 tahun.

Setelah berpencen pulang ke kampung halaman dan mencari rezeki sebagai penoreh getah untuk menampung pendapatan pencen yang kecil dan sehingga kini masih lagi mencari rezeki sebagai penoreh getah dengan hasil sekitar RM500.00 sebulan yang tidak menentu.

2. Balu kepada (1093152) Allahyarham Musman bin Mahton, Satariah binti Singah di alamat 75A, Jalan Triang, Kampung Mengkarak, Bera, Pahang.
Seorang ibu tunggal yang gigih mencari rezeki di hadapan Waterfront Bera untuk menyara 3 lagi anak yang masih bersekolah daripada 7 orang anak keseluruhannya. Berdepan dengan masalah kewangan apabila rumah yang dibeli terbengkalai dan keadaan menjadi bertambah sulit apabila suaminya meninggal dunia pada september 2021 akibat serangan jantung.

Pendapatan sebagai penjaja tidak menentu, bergantung rezeki kepada pengguna jalanraya yang menghala ke bandar Bera dan Temerloh.

Di kesempatan itu, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin Ahmad mengambil kesempatan membuat Lawatan Cakna Veteran ATM keatas (1087028) Veteran Mohd Azhar bin Abdul Talib yang terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 20 Disember 2021.

Veteran mengalami kecederaan seperti tangan kiri patah 4 tempat, retak bahagian tulang leher dan mengalami gangguan ingatan. Lawatan Cakna Veteran ATM di teruskan ke rumah Balu kepada Allahyarham (1026867) Veteran Shamsudin bin Jab, Siti Halijah binti Hussin di alamat Rumah PPRT Kampung Mengkarak, 28200 Bandar Bera, Pahang.