Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

PERLIS, 21 Januari 2022 - Seramai 720 anggota tentera, keluarga dan staf awam menerima suntikan vaksin dos penggalak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pandu Lalu Kem Bukit Cowder pada 16 Januari 2022.

Perlaksanaan program ini merupakan satu alternatif dalam mempercepatkan proses pemberian suntikan vaksin COVID-19 berbanding pemberian suntikan secara statik, sekali gus berupaya mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.

Pengoperasian PPV ini terdiri daripada tiga laluan kenderaan dan tiga stesen suntikan melibatkan seramai 25 petugas kesihatan dari Kor Kesihatan Diraja (KKD) dan kerani pasukan yang terlibat.

Perlaksanaan program ini selari dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan kendiri.


Sumber : Markas Briged Ke-30 Infantri Malaysia