Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KELANTAN, 18 Januari 2022 - Seramai 7,072 anggota tentera, staf awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan seluruh keluarga terdiri daripada pasukan bawah naungan dan pentadbiran Kawasan Tanggungjawab (KTJ) Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) menerima vaksin yang dilaksanakan secara pandu lalu di Kok Lanas sejak 12 Januari 2022.

Perlaksanaan program ini bertujuan memastikan proses vaksinasi dos penggalak disegerakan agar tiada golongan yang tercicir dan seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok dalam kalangan anggota dan keluarga.

Panglima 8 Bgd, Brig Jen Abu Hasan Ashaa'ari Kamis@Shaffiee berkesempatan melawat dan meninjau pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu tersebut yang mana terdapat empat laluan serta enam stesen suntikan melibatkan seramai 45 petugas.

Selain itu, program imunisasi ini turut dilaksanakan di Negeri Terengganu iaitu di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD (Para) dengan penglibatan seramai 1,002 anggota tentera, awam KEMENTAH dan keluarga.

Program ini dijangka selesai pada 18 Januari 2022 sekaligus sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang mengutamakan aspek kesihatan bagi mencapai tahap imuniti kelompok.

 

Sumber : Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia