Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2022 - Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyempurnakan Majlis Amanat Menteri Kanan Pertahanan 2022 bertempat di Wisma Perwira ATM.

Amanat 2022 ini merupakan gambaran hala tuju perancangan MINDEF dan ATM bagi tahun ini di bawah Pelan Tindakan 2022 atau PT22.

Terdapat 8 Teras yang telah dimuktamadkan secara bersama hasil beberapa siri penelitian dan perbincangan antara semua pihak berkepentingan pada tahun lalu.

Menteri Kanan Pertahanan turut berkesempatan menyampaikan beberapa sumbangan antaranya sumbangan kepada warga Kementerian Pertahanan yang menjadi mangsa banjir.

Sejumlah 214 kakitangan Kementerian Pertahanan telah didapati terkesan dengan bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Beliau juga turut menyampaikan sumbangan 'test kit' COVID-19 kepada pengurusan sekolah dalam kawasan kem untuk digunakan bagi membuat ujian kendiri terhadap pelajar dan guru serta kakitangan sekolah bagi memastikan persekitaran sekolah dalam kawasan kem-kem ATM adalah selamat.

Akhir sekali, Menteri Kanan Pertahanan juga telah menyerahkan sumbangan Back to School kepada anak-anak kakitangan awam yang kurang berkemampuan.

Seramai 100 buah keluarga telah terpilih untuk menerima sumbangan Back To School ini dengan nilai sumbangan sebanyak RM200 bagi setiap keluarga.

Turut hadir dalam majlis adalah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM; Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan Panglima-panglima Perkhidmatan serta pegawai-pegawai kanan awam dan ATM.