Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2022 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kerjaya Ekonomi GIG Untuk Veteran ATM yang bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM bersama rakan strategik syarikat Code 7 Tech Sdn Bhd (Code 7) bakal menyediakan manfaat kepada para Veteran ATM. Kerjaya ekonomi GIG ini pastinya dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi dan memberi peluang kerjaya kedua kepada Veteran ATM.

Turut hadir adalah Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima-panglima Perkhidmatan, Pengurusan Tertinggi Kementerian dan pegawai- pegawai Kanan ATM.