Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KOTA MARUDU, 10 Januari 2022: Divisyen Kelima Infantri (5 Divisyen) melalui pasukan 75 Batalion Kor Ordnans Diraja (75 KOD) terlibat secara langsung dalam membantu menghantar barang sumbangan “Keluarga Malaysia” daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 8 Januari 2022 ke Kota Murudu dan Pitas.

Sumbangan berbentuk periuk nasi dan toto yang diterbangkan oleh Pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak 6 Januari 2022 lepas telah disalurkan kepada wakil daerah untuk diagihkan kepada mangsa banjir sekitar Sabah.

Inisiastif yang dilaksanakan ini merupakan usaha kerajaan Malaysia dalam meringankan beban keluarga mangsa yang terjejas banjir di Semenanjung Malaysia pada awal Disember tahun lepas.

Langkah ini kemudian diteruskan di Sabah bagi membantu mangsa banjir yang mula terjejas sejak awal Januari 2022.

Bantuan dan kerjasama sebegini adalah selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam” yang memberi penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan serta pengiktirafan rakyat terhadap kredibiliti dan keupayaan TDM.