Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SENDAYAN, 7 Jan 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah mengadakan lawatan ke Pangkalan Udara Sendayan.

Ketibaan Panglima Tentera Udara bersama deligasi telah disambut oleh Komander Pangkalan, Kol Ahmad bin Hj Yusof TUDM.

Turut mengiringi Panglima Tentera Udara dalam lawatan ini ialah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato' Shahada bin Ismail TUDM; AKS Kejuruteraan, Mej Jen Ir Dato’ Mohamad Razip bin A. Samad TUDM; AKS Materiel, Mej Jen Dato' Zainal bin Abdul Manaf TUDM; Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM ; dan Ketua Staff MPPLU, Brig Jen Halim bin Othman TUDM.

Lawatan Panglima Tentera Udara telah dimulakan dengan mendengar sesi taklimat daripada Pengarah Muzium, Lt Kol Dr Ismail bin Yusof TUDM berkenaan kemajuan dan perkembangan semasa aset-aset muzium milik TUDM yang terdahulu.

Panglima Tentera Udara dan deligasi kemudiannya dibawa ke Banquet Hall Wisma Perwira, PU Sendayan bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kebajikan kepada anggota TUDM yang terlibat dengan musibah banjir.

Dengan adanya sumbangan ini diharap dapat meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh anggota. Sebelum beliau mengakhiri lawatan, Komander Pangkalan telah menyampaikan cenderahati kepada Panglima Tentera Udara dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara, Puan Sri Norainy binti Shahar Alam sebagai tanda penghargaan dan kenangan.