Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SELANGOR, 7 Januari 2022 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Program Cakna Veteran ATM di Klang, Selangor.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM yang terkesan akibat banjir khasnya terhadap mangsa banjir yang terdiri daripada keluarga Veteran ATM dan balu Veteran ATM yang rata-ratanya adalah tergolong di dalam kelompok B40.

Sebanyak 3 buah rumah Veteran ATM telah dilawati di sekitar kawasan Klang, Selangor iaitu Pbt Abdul Aziz bin Mohd Amin (B), Pbt Abdul Hamid bin Omar (B) serta Lk Radzali bin Chut (B). Akibat banjir yang melanda, rumah veteran-veteran ini telah mengalami kerosakan peralatan perabot dan juga barangan elektrik.

Selain lawatan kebajikan, Timbalan Menteri Pertahanan juga turut menyampaikan sumbangan yang merangkumi peralatan elektrik, kotak makanan dan wang tunai.

Antara syarikat yang turut menyumbang untuk makanan dan barangan elektrik bagi program ini ialah Syarikat Angkasa Mukmin Sdn Bhd serta Syarikat D&L Petroleum Trading Sdn Bhd.

Semoga sedikit bantuan yang disalurkan ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada keluarga Veteran ATM dan balu kepada Veteran ATM yang memerlukan.