Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

TERENGGANU, 6 Januari 2022- Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein telah mengadakan lawatan kerja ke Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) (Para), Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus dalam meninjau perkembangan banjir di sana.

Walaupun keadaan banjir di Terengganu semakin pulih, ATM akan terus komited dan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri serta agensi berkepentingan dalam membantu rakyat yang terjejas.

Fokus dan keutamaan menerusi Operasi Murni ATM Negeri Terengganu kini adalah tertumpu kepada membantu melaksanakan kerja pembersihan pasca banjir terutama di kawasan tumpuan seperti kediaman, rumah ibadat, sekolah dan klinik kesihatan.

Tumpuan juga diberikan dengan membantu kerja baikpulih jambatan yang terjejas dan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan ujian pengesanan Covid-19 terutama terhadap mangsa banjir.

ATM akan terus siapsiaga bagi mendepani sebarang kemungkinan gelombang banjir seterusnya dan terus memberi bantuan demi keselamatan rakyat.

Turut mengiringi lawatan kerja tersebut adalah Menteri Besar Terengganu, YAB Dato Seri Dr Ahmad Shamsuri bin Mokhtar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Huzaimi bin Sabri serta Komisioner Polis Datuk Rohaimi bin Md Isa, Ketua Polis Terengganu.