Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

ROMPIN, 4 Januari 2022- Penugasan Op Murni TUDM diteruskan lagi pada hari ini melibatkan Medical Evacuation (MEDEVAC) di Lapangan Terbang Tekek, Pulau Tioman.

Seorang pesakit lelaki yang mengalami Left Incarcerated Inguinal Hernia berumur 46 tahun memerlukan rawatan kecemasan di daerah Rompin.

No 10 Skn telah diatur gerak dengan menggunakan pesawat EC 725 AP bagi membantu pesakit lelaki tersebut pada jam 2.00 petang. Pesakit telah selamat mendarat di Padang Kemunting, Padang MPK 4 Kuantan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dengan menggunakan ambulans.

Doktor bertugas pada hari ini ialah Dr. Muhammad Hazzril Hamzah dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan Ahmad Yushree bin Mohamed Salim.

Penerbangan ini telah dikendalikan oleh Komander Pesawat, Mej Mohd Asrul bin Junid TUDM dan Juruterbang Mej Rakeshswaran A/L Murty TUDM serta Kuartermaster Udara, Sjn U Azril Husri bin Azimi dan Sjn U Noraliff Amin bin Ahmad. Anggota PASKAU yang turut membantu menjayakan misi kali ini adalah Sjn U Untong dan Kpl U Amerullizam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi MEDEVAC pada hari ini terutamanya anak kapal pesawat serta pihak yang turut terlibat secara langsung.