Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

HULU LANGAT, 4 Januari 2022 - Seramai 3 Pegawai dan 26 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen 515 Askar Wataniah (515 AW) terus komited membantu penduduk di kawasan terjejas banjir.

Usaha ini diteruskan lagi dengan membuat pembersihan serta menyusun atur kelengkapan bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai bagi memastikan sekolah itu akan boleh beroperasi apabila fasa persekolahan bermula tidak lama lagi.

Tidak hanya sekolah, usaha murni ini diteruskan dengan membantu penduduk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Taman Sri Nanding.

Inisiatif ini secara tidak langsung dapat meringankan beban para penduduk yang terkesan akibat banjir.