Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

HULU LANGAT, 4 Januari 2022 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz telah menyempurnakan Program Cakna Veteran ATM di Hulu Langat, Selangor.

Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM yang terkesan akibat banjir.

Timbalan Menteri Pertahanan yang di iringi oleh Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg. Mej Jen Dato’ Dzulkarnain bin Ahmad telah melakukan lawatan kebajikan kepada 6 orang veteran ATM yang menjadi mangsa banjir di sana.

Selain lawatan kebajikan, beliau turut memberi sumbangan yang merangkumi peralatan elektrik, kotak makanan dan wang tunai.