Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KLUANG, 3 Januari 2022 – Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein diiringi oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Kluang.

Program dimulakan dengan lawatan YB Menteri Kanan Pertahanan ke PPS Kampung Muhibbah Paloh, Kluang.

Beliau telah diberikan taklimat oleh Ketua Kompeni Alpha, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu (5 RAMD) di Kluang iaitu Kapten Shahril bin Sanen.

YB Menteri Kanan Pertahanan turut berkesempatan menyantuni dan beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir di sana.

Tidak hanya PPS Kampung Muhibbah Paloh, YB Menteri Kanan Pertahanan turut meluangkan masa menziarahi mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Kahang dan PPS Dewan Serbaguna Kampung Melayu, Batu 4.

Bagi meringankan bebanan, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas.

Keprihatinan yang ditunjukkan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan menyantuni rakyat yang terkesan dengan musibah banjir adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu, “Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam”, yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TDM.