Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KELANTAN, 2 Januari 2022 - Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd), Brig Jen Abu Hasan Assha'ari Kamis@Shaffiee mengiringi Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz melawat mangsa banjir di Jeli dan Tanah Merah.

Terdahulu, ketibaan beliau disambut oleh Pegawai Memerintah Batalion Kedua Rejimen Sempadan (2 RS) yang bertanggungjawab di Jajahan Jeli bersama ketua-ketua agensi awam lain.

Sebanyak 38 buah keluarga yang terjejas banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Legeh.

Timbalan Menteri Pertahanan meluangkan masa mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah berkenaan, bertanya khabar serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut.

Seterusnya, beliau menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk-penduduk Kg Sokor, Tanah Merah yang terputus hubungan kerana laluan masuk ke kampung tersebut ditenggelami air.

Beliau telah disambut oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Sempadan (1 RS) yang bertanggungjawab kepada Jajahan Tanah Merah bersama Ketua Kampung Sokor.

Lawatan ini selaras dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat Dengan Awam yang memberikan penumpuan kepada aspek pembentukan keyakinan dan pengiktirafan rakyat kepada TD