Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

SELANGOR, 2 Januari 2022 – Angkatan Tentera Malaysia melalui ketumbukan Tentera Darat Malaysia kini membantu Jabatan Kerja Raya Malaysia (Public Works Department) untuk menyempurnakan pembinaan jambatan sementara di Kg. Jawa, Sg Lui, Hulu Langat dalam usaha memulihkan laluan perhubungan penduduk di kawasan tersebut yang terjejas kerana jambatan asal runtuh akibat banjir.

Jambatan Compact Bailey 200 yang merupakan aset jambatan yang dibekalkan oleh Pasukan Jabatan Bailey JKR Petaling sepanjang 18.24m dan lebar 7.35m dengan modular 6 bay ini akan memberi manfaat kepada 12 keluarga yang menetap di kampung berkenaan.

Melalui OP MURNI Program Bantuan Pasca Banjir ATM di bawah Markas 4 Divisyen dan bantuan Rejimen Askar Jurutera DiRaja melalui Skuadron Kedua Rejimen Askar Jurutera Diraja (2 Skn RAJD) telah berkolaborasi dengan JKR Daerah Hulu Langat dan Daerah Petaling dalam kerja-kerja pemasangan jambatan ini.

Kerja-kerja pembersihan kawasan tapak pembinaan jambatan bagi membantu 15 tenaga kerja daripada Tim Jambatan Panel Keluli Bermodular (JPKB) JKR Petaling telah bermula pada 29 Disember 2021 lalu manakala pelaksanaan pembinaan jambatan telah dimulakan pada 1 Januari 2022. Bantuan ATM melibatkan seramai seorang pegawai dan 11 anggota 2 Skn RAJD yang dipimpin oleh Lt Nur Filzah binti Ismail.

Turut terlibat dalam khidmat nasihat teknikal pemasangan jambatan ini adalah Jurutera Daerah Petaling, Ir Rozainol Effendi bin Md Janah; Jurutera Daerah Hulu Langat, Ir Zulfaizal bin Mat Zin dan Pegawai Pemerintah 2 Skn RAJD, Mej Khaironnisa bin Asmar.


Kredit: Rejimen Askar Jurutera DiRaja