Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2022

KLANG, 1 Januari 2022 – Bencana banjir besar yang melanda kawasan Lembah Klang pada 18 Disember 2021 yang lalu, turut memberikan kesan kepada warga Tentera Darat Malaysia (TDM) yang bermastautin di Lembah Klang.

Sebagai menzahirkan keprihatinan TDM dan Badan Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain dan Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Zainuriah binti Haji Mustapha, telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Banjir Warga Tentera Darat Malaysia Peringkat 4 Divisyen, bertempat di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Seramai 8 Pegawai dan 65 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terkesan akibat bencana banjir tersebut menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan.

Tan Sri PTD di dalam ucapannya menyatakan bahawa TDM akan berusaha untuk menyediakan sebarang bentuk bantuan yang sewajarnya bagi membantu warga TDM yang terkesan banjir ini meneruskan kehidupan harian mereka. Beliau juga berharap agar sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung akibat kerugian yang dihadapi.

Kebajikan warga TDM sesungguhnya menjadi keutamaan, seiring dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD Ke-28 iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga" yang turut menekankan kepada peningkatan kualiti hidup, keperluan kebajikan dan kesejahteraan warga anggota dan juga veteran TDM.


Kredit: Tentera Darat Malaysia