Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

KUALA LUMPUR, 22 November 2021 – Kajian dan analisis ke atas pencapaian Tentera Darat Malaysia (TDM) sepanjang Tahun 2021 adalah amat penting dalam merangka perancangan aktiviti TDM bagi Tahun 2022 supaya pencapaian akan datang dapat dipertingkatkan.

Segalanya dirangkum, diteliti dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Panglima Tentera Darat (JKPTD) Siri 3/2021, yang dilaksanakan di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, pada hari ini.

Tujuan utama mesyuarat dilaksanakan adalah untuk menimbang, mengkaji dan meluluskan perkara-perkara dasar berkaitan dengan pemerintahan, organisasi, operasi, latihan, doktrin, pentadbiran dan pembangunan TD berdasarkan kepada Pelan Strategik TDM.

Sebanyak 13 kertas kerja dan enam (6) taklimat telah dibentangkan semasa mesyuarat siri kali ini.

Sesungguhnya, pelaksanaan mesyuarat ini adalah selaras dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung PTD Ke - 28 iaitu “Memperkasakan Keutuhan Organisasi”, yang memberikan penekanan kepada aspek pengukuhan kesepaduan angkatan dan pemantapan tadbir urus TDM dalam menentukan hala tuju ke arah angkatan yang lebih dinamik dan unggul.