Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

REPUBLIK SINGAPURA, 22 Nov - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany dalam rangka lawatan kerja ke Singapura telah berkunjung ke Kementerian Pertahanan republik tersebut hari ini.

Beliau telah memeriksa kawalan kehormatan sebelum membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau, Laksamana Muda Aaron Beng.

Seterusnya, Tan Sri Mohd Reza telah berjumpa dengan Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Melvyn Ong dan kemudian membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Singapura, Dr. Ng Eng Hen di pejabat beliau.

Diharap agar pertemuan pada hari ini dapat mengeratkan lagi kerjasama pertahanan yang sudah lama terjalin antara Malaysia dan Singapura.