Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

Gua Musang, 12 Okt 21 – TUDM telah menerbangkan Combat Medic Vaccination Team COVID-19 (CMVT) menggunakan pesawat Helikopter EC725 AP dari No. 10 Skn ke kawasan perkampungan orang asli.

Usahasama diantara TUDM, Markas 8 Briged dan JAKOA Kelantan adalah bagi membantu kerajaan dalam memastikan semua rakyat menerima suntikan vaksin serta dapat dalam usaha memerangi pandemik #COVID19.

Program vaksinasi oleh CMVT ini telah dilaksanakan di perkampungan orang asli Kg Rekom, Gua Musang. Seramai 20 orang penduduk orang asli di kampung tersebut yang terdiri daripada golongan dewasa dan remaja telah terlibat menerima suntikan vaksin.

Pesawat Helikopter EC 725 AP yang berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 8.00 pagi  telah terbang ke Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu terlebih dahulu bagi mengambil tim CMVT sebelum meneruskan penerbangan ke LP Kg Rekom.

Semoga usahama diantara ATM serta agensi kerajaan yang lain ini dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memastikan kadar penerimaan vaksin bagi penduduk di pendalaman terus meningkat.

TUDM juga akan sentiasa bekerjasama dengan KKM serta agensi-agensi lain dalam memberi bantuan penghantaran peralatan perubatan dan bekalan ubatan di negeri-negeri yang memerlukan agar sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia