Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

KUALA LUMPUR 9 Oktober 2021 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan pelancaran Program Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Kementerian Pertahanan bertempat di Foyer Wisma Pertahanan.

Program sambutan HSN2021 kali ini berlangsung secara hibrid dengan mengadakan sesi maya perasmian yang dipancarkan secara langsung dari Putrajaya yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Di antara aktiviti yang telah dilakukan adalah senamrobik, Fun Ride dan Fun Run yang turut disertai oleh kepimpinan tertinggi serta warga kementerian yang hadir dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penularan wabak COVID-19.

Kementerian Pertahanan akan terus komited menyahut penganjuran Program Hari Sukan Negara bagi memupuk dan menyemarakkan lagi semangat sukan dalam kalangan warga Pertahanan demi merealisasikan objektif Kementerian Belia dan Sukan.

Turut hadir bersama menjayakan program Panglima Operasi Udara (PANGOP), YBhg. Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM mewakili Panglima Tentera Udara,Ketua Staf Markas ATM (KSATM) YBhg. Lt Jen Datuk Mohd Zakaria bin Hj Yadi dan barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan.