Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

KUANTAN, 11 Okt 21 - Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato' Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM telah membuat lawatan ke Skuadron 320, Detasemen No 6 Skn, dan Detasemen No 12 Skn di Pangkalan Udara Kuantan bagi meninjau pelaksanaan Eks BERSAMA GOLD 21.

Ketibaan Panglima Operasi Udara dan delegasi telah disambut oleh Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuantan, Brig Jen Zulkiffli bin Hj Musa TUDM serta turut menerima kawalan kuarter dari Warga Pangkalan Udara Kuantan.

Lawatan ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran penuh berhubung pelaksanaan eksesais dan keberkesanan atau kekangan yang dihadapi semasa Eks BG21 serta penambaikan pada masa hadapan. Panglima Operasi Udara memuji kesemua Skuadron yang terlibat di atas semangat dan komitmen yang diberikan sepanjang eksesais berlangsung.

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia