Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

CHINA, 15 September 2021 - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menerima secara fizikal Littoral Mission Ship (LMS) Ketiga dengan jayanya dalam upacara ringkas di Baiyue International Hotel, Qidong, Nantong City, China semalam.

Upacara ini telah disempurnakan oleh Penasihat Pertahanan, Laksamana Pertama Zahid bin Abd Aziz di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Republik Rakyat China mewakili Kerajaan Malaysia bagi menandatangani Sijil Penyerahan Fizikal LMS Ketiga.

LMS merupakan salah sebuah daripada lima (5) kelas kapal di dalam Program Transformasi Armada 15to5 TLDM. Kontrak perolehan 4 buah LMS telah dimeterai di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co Ltd (CSOC).

Penyerahan itu adalah susulan penerimaan semua sijil akhir oleh TLDM dan penyiapan struktur badan kapal, ruang dalam kapal dan peralatan serta ujian dan percubaan sistem tempur sebagai mematuhi spesifikasi kontrak.

Projek Perolehan ini merupakan Projek Perolehan aset pertahanan kapital yang pertama daripada negara China. LMS Keempat dijadual diserahkan pada bulan Disember 2021.