Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

KOTA BELUD, 14 Sept 2021 – Ketua Setiausaha, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz hadir menyaksikan demonstrasi Tembakan Udara ke Permukaan Bumi (ATG) yang dilaksanakan di Lapang Sasar Udara (LASARUD), Kota Belud, Sabah hari ini.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Eksesais ABABIL 2021 bermula 7 September hingga kemuncaknya pada hari ini. Eksesais ABABIL merangkumi latihan Tembakan Misil Udara ke Udara (Air to Air Missile Firing – AAMF), Tembakan Misil Udara ke Permukaan (Air to Surface Missile Firing – ASMF) dan Tembakan Udara ke Permukaan Bumi (Air to Ground – ATG).

Objektif utama eksesais ini adalah untuk menguji keupayaan, kompetensi dan kesiagaan pesawat dan anak kapal TUDM dan merupakan di antara eksesais terbesar yang dilaksanakan oleh TUDM.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM serta pegawai kanan tentera dan pegawai kanan awam Kementerian Pertahanan.