Slide 1

BERITA TERKINI

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
2021

LUMUT, 5 September 2021 – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama Tentera Laut Diraja Australia (TLDA) telah melaksanakan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 di sekitar perairan Selat Melaka baru-baru ini.

Eksesais bilateral tahunan telah dilaksanakan sejak tahun 2002 ini berkonsepkan Field Training Exercise (FTX) berlangsung selama 3 hari mulai 2 Sep lalu.

Melibatkan 3 buah aset iaitu KD LEKIU, KD JEBAT dan helikopter SUPER LYNX manakala TLDA diketuai 2 buah kapal iaitu HMAS CANBERRA, HMAS ANZAC bersama dua buah helikopter CH47 dan sebuah helikopter MH-60S dari Australian Maritime Task Group. Tidak ketinggalan adalah 2 buah pesawat F/A 18D dan 2 buah pesawat HAWK milik TUDM sebagai aset sokongan.

Beberapa siri latihan bersama telah direalisasikan meliputi latihan peperangan anti-serangan udara, anti-kapal selam, penembakan sasaran permukaan, manuvra taktikal dan pengoperasian bot sepanjang FTX.

Secara keseluruhan eksesais pada kali ini memenuhi matlamat dan objektif yang telah ditetapkan selain mencerminkan kualiti kemampuan aset dan kredibiliti warga TLDM untuk beroperasi bersama aset-aset dari negara sahabat. Ini jelas membuktikan bahawa TLDM adalah sebuah angkatan laut kredibel dan sentiasa berkeupayaan untuk melindungi serta mempertahankan kepentingan maritim negara pada sebilang masa.

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB