Slide 1
System Star Rating (SSR)
Pelaksanaan "System Star Rating" (SSR) Kementerian Pertahanan Malaysia

Penarafan Bintang atau “System Star Rating” (SSR) telah diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pada awal tahun 2007. Y.A.B. Perdana Menteri telah menyarankan supaya penarafan bintang merupakan salah satu mekanisme pengukuran prestasi budaya kecemerlangan Agensi-agensi Kerajaan dalam Perkhidmatan Awam.

Kementerian Pertahanan telah dinilai buat pertama kali pada tahun 2007 dengan pencapaian 75.07% markah dan diberi penarafan 3 bintang. Seterusnya pada tahun 2008, Kementerian Pertahanan telah memperoleh 81.48% markah dan diberi penarafan 4 bintang. Dalam penilaian terakhir yang telah dilakukan oleh MAMPU pada tahun 2010, Kementerian Pertahanan telah memperoleh markah sebanyak 94.52% dan diberi penarafan 5 bintang. Penilaian seterusnya akan dibuat pada bulan Mei 2012 dan keputusan dijangka diperolehi pada Disember 2012.

Bagi tujuan ini, pihak MAMPU telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penilaian Star Rating berdasarkan empat objektif utama iaitu:-

MENILAI DAN MENGUKUR
Menilai dan mengukur prestasi agensi-agensi Kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam berada pada tahap yang cemerlang;
MEMBERI PENGIKTIRAFAN
Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi yang telah menunjukkan tahap tadbir urus yang terbaik serta sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan yang unggul;
MEMBERI PUBLISITI
Memberi publisiti yang meluas mengenai dasar, strategi dan amalan terbaik serta pengurusan kualiti yang telah membawa kejayaan kepada organisasi; dan
MENGGALAKKAN PERSAINGAN
Menggalakkan persaingan yang sihat dikalangan agensi Sektor Awam dalam amalan pengurusan organisasi dan penyampaian perkhidmatan.

Terdapat 3 komponen utama yang dinilai iaitu:

PENGURUSAN

1. Pengurusan Organisasi
2. Pengurusan Kewangan
3. Pengurusan Sumber Manusia
4. Pengurusan Projek Pembangunan
5. Pengurusan ICT

PERKHIDMATAN TERAS
PENGURUSAN PELANGGAN