KAEDAH PERMOHONAN NGACE

KAEDAH PERMOHONAN NSN

Klik ikon untuk NCAGE List January 2023 

Klik ikon untuk NSN List January 2023

Permohonan NCAGE boleh dibuat melalui kaedah berikut:

1. Hadir ke Pejabat Penguasa Katalog ATM (MAFCA)

Alamat Hubungi
Penguasa Katalog ATM (MAFCA)
Kementerian Pertahanan
Aras 3, Blok A Bangunan Zetro
Jalan 9/27c,
Seksyen 5,Wangsa Maju
53000 Kuala Lumpur
Malaysia
Mej Samsul Irwan bin Suhimi TUDM
(Ketua Bahagian Operasi)
Tel : +6011- 65477663
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
cc : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

 

1. Setiap permohonan hendaklah menggunakan borang BAT L 572 (MF-7). Lihat Kembaran A.

2. Pihak Pengilang atau Pembekal yang membekalkan barang-barang keluarannya kepada ATM melalui perjanjian kontrak hendaklah mematuhi Klausa Kodifikasi Kontrak (CCC) sebelum NCAGE Code dapat diberikan.

3. NCAGE Code tidak akan diberi kepada penjaja, agensi atau mana-mana badan yang menjadi orang tengah kecuali bagi badan-badan yang menjadi sumber untuk mendapatkan barang bekalan.

4. Pengilang, Pembekal, Penyedia Perkhidmatan serta Pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan yang berurusan dengan negara luar bagi keperluan untuk mendapatkan NCAGE Code untuk tujuan tertentu akan diberikan sekiranya difikirkan layak.

5. Pengilang, Pembekal atau Penyedia Perkhidmatan yang mempunyai kilang, syarikat, pejabat, pertubuhan dan sebagainya mestilah mempunyai sijil pendaftaran samada melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Kementerian Kewangan.

6. Pengilang, Pembekal atau Penyedia Perkhidmatan hendaklah menyediakan Profil atau butir-butir mengenai syarikat, perkhidmatan atau pertubuhan serta produk yang dikeluarkan untuk rujukan.

7. Sebarang perubahan tentang maklumat syarikat dari segi nama syarikat, alamat, nombor telefon, individu yang menguruskan dan sebagainya, hendaklah dimaklumkan kepada pihak MAFCA. bagi tujuan kemaskini. Maklumat-maklumat ini diperlukan untuk mengemaskini rekod di NATO Support Agency (NSPA). Kegagalan memberi sebarang perubahan mengenai syarikat tuan, pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas pembatalan kod pendaftaran tersebut.