KUALA LUMPUR, 5 Mei 2024 – Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin dan Menteri Dalam Negeri, YB Saifuddin Nasution Ismail telah  bersama-sama meraikan seramai 1,324 pemain industri pertahanan dan keselamatan yang hadir daripada 60 buah Negara dalam satu Majlis Resepsi #DSANATSEC2024 di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Pameran seperti DSA dan NATSEC Asia ini melibatkan pelbagai pemegang taruh, termasuklah dalam membina jaringan dan menyatukan semua dari seluruh pelusuk dunia. Di samping untuk melihat sendiri kemajuan dan teknologi pertahanan terkini, ruang yang ada ini wajar digunakan untuk menyumbang kepada kemajuan dan keselamatan serantau.
Matlamat pameran ini bukan hanya tentang senjata, teknologi mahupun keupayaan baharu semata-mata. Tetapi ia juga tentang jalinan dan perkongsian melibatkan komuniti pertahanan global, yang merupakan sebahagian daripada proses pembentukan masa depan pertahanan dan keselamatan yang lebih baik.