




Pengukuhan Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC)
CIMIC memberi fokus untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti masyarakat berkaitan peranan dan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan negara

CIMIC

CIMIC

CIMIC

CIMIC

CIMIC
Pengukuhan kerjasama awam-tentera (CIMIC) merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dan ATM yang bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti masyarakat berkaitan peranan dan tanggungjawab tentera dalam mempertahankan negara.
Inisiatif ini dapat mempertingkatkan kesedaran serta kepercayaan masyarakat terhadap ATM selain mendorong kepada penglibatan mereka dalam keselamatan dan pertahanan negara.
Komitmen yang diberikan oleh tentera dapat mempertingkatkan kesedaran, kepercayaan dan patriotisme masyarakat terhadap ATM dan negara.
Ikatan yang terbina antara tentera dan masyarakat mampu mengukuhkan jati diri untuk membela negara. Pertahanan bagi negara bukan sahaja meliputi keberanian namun masyarakat juga berperanan menjadi banteng masa hadapan negara.